Metode yang di sarankan adalah yang pertama motode hikmah. Maksud Hikmah menurut Kamus Lisan al-‘Arab ialah seorang yang faham dengan cara melakukan sesuatu dan mempunyai kepakaran serta kemahiran terhadap perkara tersebut. Selain itu, menurut Abu A’ala al-Maududi (1970,106) hikmah juga bererti sesuatu yang betul diletakkan dalam keadaan yang sesuai mengikut masa dan tempat. Hikmah juga bererti lemah lembut, bijaksana, berpengetahuan yang berguna, berani, tegas, menyatakan sesuatu sesuai pada tempatnya bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.Kesimpulannya, hikmah adalah kebijaksanaan . seseorang yang mempunyai hikmah bercakap dan bertindak dengan penuh kebijaksanaan berlandaskan kebenaran seperti yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-sunnah. Berkomunikasi dengan berhikmah ialah berkomunikasi dengan cara yang bijaksana, dalam batas-batas kebenaran, sesuai dengan situasi dan keadaan serta berkesan, dapat memuaskan hati berbagai pihak seterusnya mencapai tujuan dan matlamat komunikasi.
Metode kedua ialah komunikasi asertif. Paddy O’Brien menjelaskan bahawa asertif mempunyai banyak maksud seperti kemampuan untuk menguasai diri, berkebolehan memimpin, tenang dan lebih bersedia menghadapi krisis, mengimbangi antara kesihatan dengan komitmen mendengar dan memahami dengan baik kehendak dan keperluan pihak lain serta dapat berkomunikasi dengan berkesan. Jika dilihat dari perspektif Islam jelas bahawa komunikasi asertif adalah komunikasi berhikmah, yang penuh kebijaksanaan. Setiap Muslim perlu memiliki kemahiran komunikasi asertif yang disesuaikan dengan nilai-nilai akhlak dan keperibadian Islam. Peribadi mukmin yang berakhlak mulia yang mempunyai keimana yang teguh berlandaskan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dan mempunyai ilmu pengetahuan mampu berkomunikasi secara asertif.
Metode ketiga ialah kemahiran menyatakan tidak. Terdapat banyak faedah dan kelebihan yang di perolehi sekiranya seseorang itu mempunyai kemahiran menyatakan ‘tidak’. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kemahiran menyatakan tidak atau tidak tahu menyatakan ‘tidak’ dan menerima apa sahaja pandangan atau permintaan orang lain walaupun bukan kehendaknya, maka dia akan diumpamakan sebagai tempat longgokan masalah orang lain. Oleh itu, setiap orang perlu mempunyai kemahiran ini baig membina keyakinan diri sendiri di samping mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak. Kita hendaklah menggunakan ayat ringkas dan spesifik supaya mudah difahami oleh pendengar. Selain itu, janganlah sesekali menyoal balas permintaan tersebut kerana ini akan melukakan hatinya. Bahasa yang kita gunakan perlulah sedap di dengar dan tidak menyakitkan hati dan perlu dipraktikkan walaupun dalam keadaan marah atau dalam keadaan yang perlu bertegas dengan keputusan yang perlu dibuat.
Metode keempat ialah nasihat yang baik. Ianya bererti member peringatan, amaran, khabar gembira, janji dan ancaman. Di samping itu menggunakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kemarahan dan menolak kemungkaran. Nasihat yang perlu di sampaikan terbahagi kepada dua iaitu mengajar dan mendidik. Ini kerana manusia memerlukan rangsangan mental bagi aktiviti otaknya. Rasulullah S.A.W mengunakan metode nasihat dengan pendekatan member contoh dan kefahaman kepada para pendengar. Dengan ini manusia mendapat rangsangan untuk berfikir dan mengubah kearah kebaikan.
Metode kelima ialah bermujadalah dengan cara yang baik. Para komunikator mesti berbincang dengan cara yang baik terutama ketika berhadapan dengan orang-orang yang memerlukan dalil dan bukti yang membuatkan mereka cinta kepada kebaikan dan kebenaran. Komunikator perlu melakukannya dengan baik dan meyakinkan agar kebenaran maklumat Islam dapat disampaikan, tanpa kenunjukkan sifat marah dan perdebatan yang tidak membawa faedah.
Antara cabaran komunikator Islam ialah untuk berdakwah dalam era yang globalisasi kini. Sebagaimana yang kita tahu, dunia kini semakin maju dengan pelbagai teknologi telah di cipta. Justeru itu, umat manusia kini lebih tertarik dengan cara perantaraan baru atau medium seperti penggunaan internet, televisyen, radio dan lain-lain.
Selain itu, komunikator Islam juga berdepan dengan isu membabitkan nama Islam yang telah dikaitkan dengan keganasan. Ini amat mencemarkan nama Islam itu terutama setelah di putar belitkan oleh orang lain bagi menjatuhkan agama Islam.
No comments:
Post a Comment