Wednesday, March 23, 2011

Peranan media Islam dalam penyebaran maklumat Islam

Media massa merupakan aset penting dalam kehidupan manusia pada masa kini. Ianya kerana media mampu meningkatkan kefahaman tentang Islam, menyalurkan maklumat terkini mengenai Islam serta memfokuskan perhatian masyarakat tentang isu-isu tertentu yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam di dunia. Contohnya seperti peperangan di Afghanistan, seluruh masyarakat di dunia dapat mengikuti perkembangan terbabit terutama masyarakat Islam. Namun begitu, Islam mesti mampu menggunakan pelbagai media secara professional dan tidak bergantung kepada sistem media yang di monopoli oleh pihak- pihak yang prejudis terhadap Islam. Ini boleh menyebabkan sesuatu maklumat tidak akan di sampaikan dengan tepat malahan mungkin menyeleweng dari hakikat yang sebenar.

Selain itu, media massa juga boleh menjadi medium untuk menyajikan keperluan semasa umat Islam yang sejajar dengan ajaran Islam. Contohnya dalam menyediakan maklumat mengenai kebudayaan, ilmu pengetahuan, politik, sosial dan kemasyarakatan, hiburan dan sebagainya. Ini akan menjadikan umat Islam lebih mengetahui perkara-perkara yang terjadi di kawasan sekelilingnya dan sentiasa sedar akan perubahan sekeliling.

Media massa juga boleh menjadi medium penghibur bagi merehatkan fikiran. Melalui sejarah juga, seni muzik dan seni lakonan telah lama di praktikkan. Malahan, seni ini boleh memberi kesan positif kepada perkembangan Islam sekiranya skrip, lirik, mesej serta cara mengayakan rentak muzik dan lakonan itu mengikut dasar kehidupan Islam dengan segala fleksibilititnya. Contohnya alunan muzik nasyid yang memberi ketenangan jiwa selain berunsur dakwah terhadap para pendengarnya.

Secara tuntasnya, media massa berperanan dalam menyebarkan informasi Islam secara tepat selain dapat menyediakan keperluan semasa dan menjadi medium penghibur umat Islam pada masa kini.

No comments:

Post a Comment