Assalammmualaikum w.b.t
Hari ini, kita akan membincangkan tentang halangan dan jenis media dalam komunikasi Islam. bagi memastikan komunikasi kita berjalan dengan lancar. Islam mengajar kita untuk mengelakkan berinteraksi secara:
1. Mengutuk orang. Walaupun kita mengutuk di belakang, namun, percakapan kita masih boleh di sampaikan melalui orang lain. Malahan, kita tidak seharusnya mengutuk orang dan merasakan kita lebih baik atau sempurna kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.
2. Memperkecil-kecilkan orang. Apabila kita memandang rendah terhadap kebolehan orang, pastinya meraka ini pasti akan merasa hina dan berasa sedih atas ketidak mampuan sendiri. Seharusnya kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk melakukan sesuatu kerja di samping membetulkan jika salah memandangkan kita yang di katakan lebih berpengalaman atau lebih berpengetahuan.
3. Membocorkan rahsia orang. Rahsia merupakan sesuatu yang di simpan oleh seseorang mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian yang biasanya menimpa diri mereka. Kita patut berasa bertuah kerana mereka ini mempercayai kita selain berharap agar kita amanah dalam menyimpan rahsia mereka. Biasanya, kita merasakan bahawa ianya hanya suatu bahan gurauan. Namun, bagi perahsia, ianya mungkin merupakan suatu yang boleh menyebabkan kita dan dia bergaduh dan menghalang suatu komunikasi berlaku lagi.
4. Mengumpat orang. Ini amat di tegah kerana boleh menyebabkan suatu institusi hancur atau roboh. Mengumpat orang juga boleh menghalang komunikasi antara dua pihak. Walaupun
5. Memuji berlebihan atau mengampu. Ini boleh menyebabkan seseorang terasa terlebih bangga dan menganggap diri lebih tinggi dari orang lain. Pemuji tidak akan di sukai oleh orang lain di sebabkan cara pujiannya yang keterlaluan kepada seseorang. selain itu, penerima pujian akan berasa tidak selesa terutama pujian yang di beri tidak melambangkan dirinya yang sebenar. Peneriam pujian berkemungkinan tidak akan berinteraksi dengan pemuji kerana takut di puji berlebihan.
6. Bertengkar. Pertengkaran atau bertikam lidah amatlah perlu di jauhkan kerana ianya boleh melahirkan sifat benci kepada satu sama lain serta menghalang komunikasi dari terus berlaku. Seharusnya kita di gesa untuk berinteraksi secara baik dalam apa jua keadaan agar kita dapat menyelesaikan masalah dalam keadaan damai,
7. Bercakap kotor. Percakapan yang kotor tidak sesuai dalam berkomunikasi. ini kerana berkomunikasi merupakan lumrah manusia. Selain itu, setiap perkataan yang kita sebut di katakan sebagai suatu doa. Justeru itu, kita di nasihatkan untuk sentiasa bercakap dengan mengunakan perkataan yang baik-baik bagi memastikan ianya menjadi suatu doa yang baik dan di dengari tuhan.
Media pula merupakan saluran bagi menyampaikan mesej kita seperti dakwah dan Islam. Antara media yang di gunakan ialah:
1. Al-Quran. Ianya sebagai kitab yang sempurna yang di kategorikan sebagai media cetak yang mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai informasi, mendidik, pengawasan sosial danlain-lain lagi.
2. Jemaah atau organisasi. organisasi yang berfungsi mampu menjadi media kepada masyarakat seperti organisasi politik, sosial, pendidikan dan lain-lain. Ianya mampu berperapan untuk menyalurkan pelbagai maklumat penting dan baru kepada segenap lapisan masyarakat seperti ilmu tentang kesedaran terhadap kesihatan, pelajaran dan sebagainya
3. Lisan. Ianya merupakan media yang banyak digunakan dan sangat berkesan dalam menyampaikan maklumat secara formal seperti dalam bentuk pidato, kuliah ataupun secara tidak formal seperti di rumah, di kedai makan.
4. Tulisan. Ianya di gunakan secara meluas dan diguna pakai dalam berbagai lapisan msyarakat dan dalam pelbagai bidang kehidupan. Contohnay dalam penulisan surat khabar, majalah, buletin, buku dan lain-lain. Ianya juga merupakan media yang senang di fahami dan di rujuk selain lebih murah.
5. Lukisan atau gambar. Ianya merujuk kepada bentuk media tertua dalam sejarah manusia dan masih di gunakan sehingga hari ini. Cerita bergambar, peta, ukiran gambar, grafik adalah antara contoh media ini yang boleh memaparkan pelbagai intisari cerita disebalik gambar yang di lukis.
6. Perbuatan atau bahasa badan termasuk isyarat. ianya suatu penyampaian mesej dengan memperlihatkan perbuatan atau tingkahlaku yang mengandungi makna. contohnya, cara komunikasi dengan orang bisu dan pekak yang menggunakan bahasa isyarat. Selain itu, aktiviti seperti ziarah, berkunjung turut di anggap media.
7. Audio-visual. Media ini di anggap sebagai media yang paling berkesan pada hari ini kerana media tersebut dapat merangsang deria pendengaran dan penglihatan pada masa yang sama dan lebih menarik. selain itu, maklumat yang di sampaikan menjadi lebih jelas dan lebih mudah di fahami serta lebih mudah di ikuti. Ianya juga turut menjadikan dunia ini sebagai dunia tanpa sempadan dan lebih kecil.
secara kesimpulannya, dalam berkomunikasi, kita hendaklah mematuhi beberapa halangan dan adab dengan menggunakan apa jua media bagi memastikan suatu komunikasi itu berkesan dan terus menerus berlaku supaya umat manusia sentiasa berilmu dan tidak ketinggalan dalam mensyukuri nikmat Allah S.W.T berikan.
Wassalam