Saturday, January 29, 2011

Kelebihan seorang wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Jadi..saya berpesan-pesan kepada semua wanita agar menjadi sebaik-baik wanita..agar kita smua mendapat keberkatan dariNya

Thursday, January 13, 2011

Pengertian dan Matlamat Komunikasi Islam

Menurut Dr.Yusuf Husni(1993), komunikasi berasal dari perkataan Yunani 'communicare' yang bererti menjadikan ssuatu milik bersama. Menurut istilah konversional pula ialah penghantaran maklumat melalui saluran tertentu kepada penerima sebagaimana yang dijelaskan oleh John Kotter. Malahan, dalam komunikasi barat, penghantaran mesej atau maklumat dikaitkan dengan penghantar(sender), memancarkan(transmit), saluran (medium)dan penerima(receiver). Perkataan komunikasi menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain. (Astrid S. Susanto: 1987)

Namun begitu, komunikasi menurut Al-Quran menjelaskan bahawa komunikasi merupakan salah satu fitrah manusia sebagaimana tersebut dalam firman Allah S.W.T yang Maha Pengasih, Mengajarkan Al-Quran, Mencipta Insan, Mengajarkannya Al-Bayan.

Beberapa ayat Al-Quran tentang komunikasi:

1. "Kamu semua adalah sebaik-baik umat yang di utuskan kepada manusia dengan mengajak manusia supaya berbuat ma'ruf dan mencegah kemungkaran." (ali-Imran:110)

2. "Sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpaling dari orang-orang yang musyrik". (Al-Faj: 94)

Menurut Islam pula komunikasi ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam. Ini menunjukkan bahawa aktiviti berkomunikasi merupakan proses pemindahan, penyampaian,penyeruan dan pengkongsian idea, terhadap seseorang untuk melaksanakan amal ma'ruf nahi mugkar.

Matlamat komunikasi Islam ialah :
-memberitahu atau memaklumkan tentang ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan As-sunnah
-menerangkan atau memberi penjelasan tentang ajaran-ajaran Agama secara terperinci
-memberi kefahaman atau menjelaskan tentang ajaran Islam agar dapat difahami oleh umat Islam
-memberi ilmu pengetahuan yang terkandung dalam ajaran Islam
-memberi petunjuk atau panduan ke arah jalan kehidupan yang benar yang diredhai Allah S.W.T
-menyeru kepada kebajikan dalam kehidupan terutama dalam menangani masalah kemiskinan.sosial.pendidikan, kesihatan dan sebagainya..

Ini menunjukkan dalam Islam sendiri menggalakkan umatnya berkomunikasi sesama mereka ataupun dengan pihak lain bagi meluaskan pengetahuan selain dapat berinteraksi untuk memenuhi fitrah kita sebagai manusia.Sampai di sini dahulu penjelasan saya..saya harap para pembaca dapat manfaat daripadanya..sebarang cadangan atau komen..silalah kemukakan..terima kasih

Tuesday, January 11, 2011

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)



Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

(DIPETIK DARI ILUVISLAM.COM)

p/s : semoga anda dan juga saya yang sedang diberi ujian oleh ALLAH dapat melalui dan menempuh ujian itu dengan sabar dan dengan hati dan fikiran yang tenang dan terbuka. semoga kita menemukan jalan keluar. segala yang berlaku ada hikmahnya.semoga pada akhirnya kita dapat rasakan manisnya hasil yang ALLAH siapkan oleh kerana kita sabar menempuh ujian ALLAH.amin

http://theinsideofus.blogspot.com/2010/06/sabau-je-le.html#comments

Wednesday, January 5, 2011

Assalammualaikum w.b,.t

Selamat datang ke blog saya yang kecil serta serba kekurangan ini..di sini saya ingin mengemukakan beberapa pendapat dan ingin meminta pandangan para pembaca untuk memberi pendapat yang bernas bagi memantapkan lagi ilmu yang ada